Tags

Sekadar gambar hiasan

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, Ialah :-

1. 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
2. 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
3. 7 dulang hati nyamuk [Di tunaikan]
4. 7 dulang hati hama [Di tunaikan]
5. 7 tempayan air mata anak dara [Di tunaikan]
6. 7 tempayan air pinang muda [Di tunaikan]
7. 1 mangkuk darah Raja Ahmad [Tidak dapat Di tunaikan]

Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Pada saat Sultan ingin mengambil darah puteranya muncul Puteri Gunung Ledang.
Lantas berkata - ” HEII SULTAN YANG ZALIM, PATIK TAK SUDI MENJADI PERMAISURI TUANKU. TUANKU TERLALU KEJAM INI BERERTI KELEMAHAN TUANKU, SELAMAT TINGGAL”…

Saat rakyat menentang Istana :-
Sultan Mahmud ingin turun dan berhadapan dengan sekalian rakyat yang MENUNTUT KEADILAN atas KEZALIMAN yang telah dilakukan olehnya.

Kata-kata Bendahara :
Tuanku adalah TUAN PATIK, Selagi hidup pacal tua ini. Patik tidak izin kan sesiapa pun menjetik tuanku, patik pohonkan jangan lah Yam Tuan keluar. AMPUN TUANKU…

Kata-Kata Sultan :
Bendahara, nyawa beta bukan di tangan mereka, kalau sudah sampai ajal. Di dalam istana mati di luar istana pun mati juga.

Setiba Sultan di Perkarangan Istana di Hadapan Rakyat yang memberontak menuntut keadilan.

Kata-Kata Sultan : -
Rakyat Ku Yang Taat Setia, Beta Berasa Megah Kerna Adanya Perpaduan Yang Erat Rakyat Seluruhnya. UNTUK MENUNTUT KEADILAN, Sekarang Beta Telah Insaf.
Rosaknya Budi Pekerti Sultan Adalah MERUPAKAN SENDI KERUNTUHAN YANG MAHA HEBAT, Sebaliknya Sultan Yang Adil ADALAH MERUPAKAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT DAN NEGERINYA.
Sekarang Beta Mengaku Di Atas Kesalahan-Kesalahan Beta Yang Telah Lampau. Sebaliknya Jika kamu Ingin Bunuh Beta, Silakan. Beta Rela…
Beta Serahkan Nayawa Beta Kepada Kamu Sekalian. Dan Seseorang Yang Hampir Menemui Maut Berhak Memohon Maaf Di Atas Kesalahannya….

Maka sekalian rakyat pun berseru DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU…

Seruan DAULAT TUANKU di LAUNGKAN kerna RAKYAT Amat KASIHKAN RAJA YANG SANGGUP MENGAKUI KESILAPANNYA YANG LAMPAU.

About these ads