Mengikut Adat Cara berpakaian untuk istiadat ketika Kemangkatan Paduka Sri Sultan Selangor.

Putera Sultan dan Ahli keluarga terdekat akan memakai baju Melayu Putih samping putih dan bertongkolok putih.

Raja-Raja Melayu akan berpakaian Baju Melayu Putih dan Samping putih dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Waris dan Kerabat Diraja dan Orang Besar-Besar Negeri akan memakai Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bertongkolok hitam yang berbelit dengan kain putih sebagaimana didalam potret.

Orang kebanyakan : berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Potret :
Y.D.M. Raja Dato’ Haji Abdul Hamid Bin Raja Haji Nong – Engku Maha Kurnia Bijaya Sri Amar DiRaja Selangor.
Y.D.M. Tengku Dato’ Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Tengku Abdu’l Jalil Shah Al-Haj – Tengku Setia.
Y.A.M. Tengku Dato’ Seri Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdu’l Aziz Al-Haj – Tengku Panglima DiRaja Selangor.

Andai kekurangan ilmu mohon di tegur…

About these ads